FG BIZ RESOURCES
Panduan Menggunakan Sistem Pengisian Borang Tender BMB
Panduan ini menerangkan langkah asas untuk menyediakan fail, memilih kod tender dan menjana PDF borang tender BMB Fasa 2 Tahun 2026.
1. Senarai Borang Yang Sistem Janakan
- [SM/SR] BORANG SENARAI JENAMA BAHAN-BAHAN MAKANAN YANG DIGUNAKAN BMB F2 2026
- BORANG PENYATA BULANAN AKAUN BANK F2 2026
- BORANG MAKLUMAT ASET DAN LIABILITI F2 2026
- SURAT AKUAN SUMPAH ASET DAN LIABILITI F2 2026
- LAPORAN BANK INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI KEMUDAHAN KREDIT F2 2026
- LAPORAN BANK INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI MAKLUMAT SIMPANAN F2 2026
- BORANG PENGISYTIHARAN MAKLUMAT SYARIKAT DALAM PEROLEHAN F2 2026
- SURAT AKUAN SYARIKAT DALAM MENANGANI JENAYAH DAN BURUH PAKSA F2 2026
- BORANG PENGALAMAN BMB F2 2026
2. Muat Naik Dokumen Ke Dalam Sistem
Daftar atau log masuk akaun. Kemudian isi maklumat syarikat seperti nama syarikat, nombor SSM, nombor MOF, emel, telefon, nama pemilik, nombor kad pengenalan, jawatan dan alamat syarikat.
Pada bahagian Dokumen Tender, muat turun Templat Excel, semak dan kemas kini maklumat tender/QT, kemudian muat naik semula Excel itu ke sistem. Masukkan juga borang PDF yang dimuat turun daripada ePerolehan, imej cop syarikat dan imej tandatangan. Gunakan imej cop dan tandatangan berdakwat biru dengan latar putih atau jernih supaya sistem boleh membersihkan imej dengan lebih baik.
3. Cara Pengisian Mengikut Borang
Borang 1: isi dahulu jenama bahan makanan secara manual menggunakan PDF editor atau pen. Dicadangkan menggunakan PDF editor supaya dokumen tidak perlu discan semula. Jika dokumen discan, pastikan imbasan kemas dan sebaiknya dibuang distortion.
Borang 2, 5 dan 6: user perlu isi dahulu maklumat yang memerlukan pengesahan pihak bank. Selepas disahkan, scan dan upload semula ke sistem. Untuk hasil terbaik, gunakan PDF yang telah dibuang distortion. Sistem hanya mengisi NO QT (EP) pada setiap salinan halaman yang berkaitan.
Borang 4: sistem hanya mengisi NO QT (EP). Semua maklumat lain termasuk tandatangan, cop dan akuan sumpah perlu diisi oleh user sebelum upload.
Borang 3 dan Borang 4: borang aset dan liabiliti digunakan untuk syarikat pemilikan tunggal ROB bagi tender bernilai RM10 juta dan ke atas. Borang 3 dan Borang 4 perlu selari sebagai kesinambungan dokumen aset dan liabiliti.
Borang 7, 9 dan 10: isi maklumat tambahan yang dipaparkan oleh sistem jika borang tersebut dipilih. Untuk Borang 10, upload dokumen sokongan pengalaman tender kerajaan jika ada.
4. Dokumen Scan: Distortion Dan Remove Distortion
Sistem boleh cuba mengesan kedudukan isian pada PDF scan biasa dan PDF yang telah dibuang distortion. Namun, PDF yang lebih lurus biasanya menghasilkan penempatan teks yang lebih kemas.
5. Pilih Kategori, Negeri Dan Kod Tender
Pilih kategori tender, pilih negeri, kemudian pilih kod tender QT yang mahu dijana. Senarai kod tender akan dipaparkan berdasarkan kategori dan negeri yang dipilih daripada Excel iklan tender. Secara default, sistem memilih semua kod tender yang dijumpai.
Tekan Lokasi Muat Turun untuk tetapkan folder simpanan, kemudian tekan Jana PDF. Sistem akan menjana PDF dan membungkus hasil dalam fail ZIP.
6. Bayaran Dan License Key
Selepas kuota trial habis, pilih pakej, pilih bank dan klik Teruskan Pembayaran. Selepas bayaran dibuat, upload resit bayaran. Admin akan menyemak resit, mengesahkan bayaran, menjana license key dan menghantar license key ke emel berdaftar.
Masukkan license key pada ruang Masukkan License Key untuk membuka kuota pakej.